Fa'inni Qarib


kali ini,
dia benar-benar rebah.
jatuh, kecundang.
dan hatinya yang satu itu 
remuk
hancur.

dia cuba bertahan.
cuba menahan air mata
yang bila-bila masa boleh mengalir.

dia kuatkan diri
dia cekalkan hati
dia tersenyum,
ketawa - seperti biasa.
sedang hatinya,
cuma tuhan yang tahu.

dia bisikkan pada diri,
air mata ini,
biar cuma allah yang tahu.
pedih ini,
biar cuma allah yang mengerti.

wa la tahinu 
wa la tahzanu 
dia genggam kalimah itu 
biar tersemat kukuh di hati.

dia tekad.
kali ini - dia akan bangkit.
kali ini - dia mahu kembali berlari.
berlari pulang padanya.
berlari kepada dia yang setia menanti.


kerana dia yakin ini semua ujian
untuk mendekatkan dia kepada tuhannya.
dan kerana dia percaya pada kata tuhannya,
“sesungguhnya aku dekat.”