Rindu itu syarat cinta. tanpa rindu tiada doa. tanpa doa bagaimana mahu menjaga cinta? :)
Berjauhan dari orang yang kita rindu dan sayang, keluarga, kawan-kawan, yang tercinta, sepatutnya tak melemahkan kita tapi menguatkan kita. dengan berjauhan kita akan sedaya upaya menjaga diri, agar nanti bila bertemu, mereka boleh tersenyum melihat kita kerana kita masih seperti yang mereka kenali.
Sabarlah dengan dugaan berjauhan. Adam dan Hawa juga terpisah sebelum kembali berbahagia