Ya Allah, dakaplah erat diri aku agar aku tak pernah merasa ingin meninggalkanMu walaupun ditinggalkan sekalian makhlukMu. Balutilah hati aku dengan kesucianMu agar aku tak pernah dikotori walaupun di sekelilingku dipenuhi coretan maksiat. Sertailah setiap langkahku agak aku sentiasa dituntun kearah jalanMu walaupun dalam kembaraku ditaburi dengan duri-duri ujian yang menyakitkan. Peliharalah diri aku kerana Engkau sebaik-baik PEMELIHARA. Amin.