PRU 13



Saya tak kisah jika kalah dengan bermaruah.
Tapi saya amat kisah bila PRU kali ini TIDAK TELUS. 
Kami telah berdoa dengan bersungguh-sungguh moga Allah memberikan yang terbaik untuk kami.. mana mungkin Allah mempersiakan doa kami dan mana mungkin Allah membiarkan jiwa kami yang lemah ini untuk terkapai-kapai dalam pemerintahan yang zalim..

Maka, kami redha.. kerana indeed, Allah’s plan is the best for us.. 
Kadangkala kita nak rama-rama,
Allah bagi ulat bulu satu,
Allah bagi kita terima,
Mungkin nak suruh faham sesuatu.
Kuatkan semula posisi amilin dan sambung segala kerja.
Mungkin kita banyak dosa, mungkin kita belum bersedia.
Allah tangguhkan kemenangan kita untuk beri kemenangan yang lebih bermakna.

Tarbiyyah kita bukan hanya di medan siasah tetapi juga di medan dakwah.
Tanpa tarbiyyah pasti rebah. 

“Ketika mereka menanamkan kesombongan dalam hati mereka iaitu kesombongan jahiliyyah, maka Allah menurunkan ketenangan kepada orang-orang mukmin dan mewajibkan kepada mereka tetap taat menjalankan kalimat takwa, dan mereka lebih berhak dengan itu dan patut memilikinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” (Al Fath : 26)