"Percayalah bila saya kata, rasa suka itu akan berkurang dengan berlalunya masa. Semalam mungkin kita suka orang itu. Tapi hari ini atau esok, mungkin kita akan suka orang lain pula. Sifat hati fitrahnya berbolak-balik bersama masa. Sukar untuk buat hati tetap suka pada seseorang melainkan dengan ikatan perkahwinan.

Ummu Salamah isteri Nabi SAW pernah ditanya apakah yang suka disebut Rasulullah SAW. Beliau menjawab, Baginda suka membaca doa:
Isinya, tetapkanlah hati pada suka agama terlebih dahulu, agama tidak boleh ditukar lagi. Tiada agama lebih baik dari agama Islam. Tidak perlu gopoh tetapkan hati awal-awal pada manusia, kerana sentiasa ada manusia yang lebih baik dari yang seorang itu.
Jangan pilih yang pertama, pilihlah yang terakhir bila tiba masanya."
— Syabab Musafir Kasih   :)