
Hati ini ciptaan yang mempersonakan jiwa. Hati ini walau sedalam mana kelukaan, walau seperit mana kepedihan tapi ia masih berfungsi dengan baik. Hati ini antara ciptaanNya yang membuat kami sebagai hambaMu ingin kembali pada fitrah dariMu. Sungguh kekuatan hati meneguhkan jiwa yang muda goyah.
Namun, kami akur. Dalam menyusuri realiti hidup di sunia ciptaanMu. Hati tidak pernah berhenti dari diuji. Malah hati kami turut mahu menguji hati hati disekeliling kami. Padanya ada hati kental, tajam tapi lebih banyak kental dan tajam itu melukai hati itu sendiri.
Akur akan kehendakMu. Hati ini pasti menemui "luka" yang memerlukan masa untuk sembuh. Akur akan hati ini turut ada batasnya tatkala hati kadangkala terasa letih dan penat untuk bermujahadah bersama hati hati lain. Aku akan hati ini perlukan rehat agar terasa segar semula untuk menjadi teliti, terus diuji dan teruji dan tidak teralih dari merasa pandanganMu.
Oleh itu, lensa hati diilhamiNya agar hati berparut ini tidak terikat pada kesa parut luka semata tapi pada pencipta yang menjadikan parut itu sebagai tanda kental dan tabahnya hati untuk redha diujiNya. Diingatkan lagi, semuanya dari DIA yang Maha Teliti. Hati yang menyelami, minda yang berfikir dan jari jari yang menaip semua atas izin dan milikNya :D