Jangan pernah berhenti bersangka baik denganNya,kerana selagi nafasmu belum terhenti selagi itulah Tuhan masih mengharapkan ada kebaikan walaupun sedikit dalam hati hambaNya. Jadi, jangan berputus asa dalam mencari kebaikan dan istiqamah dalam melakukan kebaikan. Walau sedikit, kerana baik bukan terikat pada ukuran tapi letaknya dalam hati yang penuh yakin pada kasih sayang Allah.

Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, 
sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak mampu lagi bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu benar-benar terluka, 

berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, 
hiduplah dalam Iman walau hari sering diuji dugaan dan berpeganglah kepada Allah swt walau Dia tak kelihatan.
Bukti kasihNya,kita masih bernafas di dunia pinjamanNya =).