Wahai sahabat


Wahai sahabat,

Ada satu masa nanti kita akan diuji dengan pelbagai masalah. Sampai pada masa itu, tidur kita tak lena, makan pun tak senang. Risau memikirkan masalah kita itu.

Tetapi kita terlupa, yang memberi masalah itu adalah Allah dengan mengingati Da sahaja boleh menenangkan hati kita. Bukan manusia yang cakap perkara ini, tetapi Allah. Dia ungkapkan dalam surat cinta-Nya kepada kita. Allah yang memberi masalah, Allah juga yang menenangkan jiwa kita sewaktu tidak tenteram.

Betapa sayangnya Allah pada kita :D


Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.