
Assalamua'alaikum :)
"selama ni aku berpura-pura tak melihat kelemahan orang lain, keburukan orang lain, sedangkan dah terlalu banyak cerita buruk yang aku dengar pasal orang orang disekeliling aku, itulah perbezaan setiap manusia, bertindak gunakan akal, jangan mulakan peperangan tanpa bukti, jangan biarkan diri dihasuti sifat marah dan dengki.
SABAR sentiasa bersama kita, ALLAH sentiasa bersama kita tatkala orang sedang sibuk menceritakan perkara-perkara yang tidak pasti, sebarkan fitnah di merata tempat. kadang kala kita boleh terperangkap di semak samun kerana terlalu percayakan lalang tidak akan membawa bahaya. tapi sekarang semuanya dah berbeza, jangan dikenang kisah lalu. jangan dilukai lagi hati ini. majulah kehadapan,jadilah orang yang berguna untuk orang ramai. kerana harga diri kita terlalu berharga untuk dipertaruhkan dan dipermainkan."
Sebenarnya ini adalah status dari kawan sekolah aku di Facebook namanya Atikah Azmi. Status dia ni ada juga yang berkait dengan hidup aku dulu.Banyak yang menceritakan hal-hal yang tidak pasti & sebarkan fitnah sesuka hati. Tapi aku perlu bangkit jangan jadi lemah lagi =)