awak anak ke berapa?

Hari ni aku pegi test driving aceceh belagak lah ? Eh tak pon hihi. Pegi dengan Syaza hari ni. Sepatutnya start pukul 1:30 petang tapi diorang tak inform awal-awal kami datang awal pagi pukul 8 so, aku terpaksa stay kejap di rumah Syaza. Betapa mengantuknya aku sebab tengok bola. Ekhem ekhem SPAIN menang ! yeaaaay! Jangan cakap sebab nasib =( dah nak menang terima saja lah aiseeyh! 

Bila dah dah sampai terus kena belajar drive. Orang yang mengajar tu pulak tak lah garang baik jerrr kuat sembang tau u'olls ! Tengah-tengah drive abang tu tanya "Adik anak ke berapa ni? " "Anak ke-3" aku jawab. Tahu dia cakap apa? Anak ke-3 ni panas baran, kuat membangkang, haaa ambik kau. Bila fikir-fikir balik ada lah betol sikit, aku ni panas baran sikit hahaha. Jom kita tengok info kat bawah ni =D

Kalau tengok-tengok balik ada yang betul, petua orang lama 


Tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas

Sifat anak berunsur tanah
  • Pendiam, pendengar yang baik,penyabar dan setia.
  • Tidak mudah membangkang, dengar kata dan boleh dibawak berbincang.
  • Suka merendah diri, tenang dan bijak
  • Berpewatakan manis, lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif
  • Tidak banyak karenah, tidak cerewet , menghormati orang lain, rendah diri dan tidak sombong
  • Suka pendam rasa marah sampai satu tahap boleh meletup (seperti gunung berapi)
  • Lambat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan

Sifat anak berunsur air 
  • Sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain
  • Membuat kerja dengan teratur, teliti dan pantas
  • Mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangan
  • Keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk. Dia je yang nak menang.
  • Manja, lembut hati dan sensitif ;berjiwa sentimental
  • Air yang tenang, jangan disangka tiada bah !!Mood yang mudah berubah2

Sifat anak berunsur api
  • Semangat yang tinggi, sangat aktif  dan berkobar
  • Bertanggungjawab dan cekap melakukan kerja
  • Pendengar dan penasihat yang baik
  • Sangat teliti dan berwaspada
  • Suka menyakat dan mengenakan orang lain
  • Panas baran dan mudah melukakan hati orang lain
  • Sangat kuat cemburu

Sifat anak berunsur angin
  • Melembutkan hati orang lain
  • Bijak berkomunikasi, manis mulut
  • Mood berubah2 ikut suka hati dia je
  • Suka menolong orang dan boleh memberi kerjasama
  • Suka membuat hal sendiri dan keras hati
  • Suka mempamerkan perasaan sekiranya tidak puas hati
Sifat tanah sesuai dengan sifat angin kerana tanah tidak banyak dipengaruhi 
oleh angin. Walaupun sekuat mana angin, tanah tetap teguh.

Air sangat sesuai dengan api. 
Sifat api yang panas membara dapat dipadamkan dengan air. 
Tetapi kadang2 api juga mampu memanaskan dan mempengaruhi air

Angin tidak sesuai dengan api, kedua2 unsur ini pasti akan banyak menemui 
masalah dalam perhubungan kerana sifat kedua2nya yang keras hati dan tak nak mengalah. 
Angin akan sentiasa memarakkan api

Tanah juga sangat sesuai dengan api kerana api mampu dipadam oleh tanah. 
Tetapi api juga mampu membakar tanah

Tanah dan air adalah pasangan yang secocok. 
Masing2 sama memerlukan antara satu sama lain

So amacam? dah tau apa sifat sebenar awak? Tak tahu betul atau tak, tapi sendiri nilai ye. Tapi pada aku, semua unsur yang aku nyatakan di atas memang tepat dengan sifat-sifat adik beradik aku. =)